Wednesday 21 August 2013

my degree

rindu nyer dengan blog ni..
brapa lama entah tinggal..
so be the new news skarang..
apalagi further study la

alhamdullillah,..
walaupun impian nak menjadi doctor tu hanya angan2 mat jenin..
tapi dapat la menyambung pelajaran balik.
yang petim ilmu..

sy dapat 

AS253 ; SARJANA MUDA KIMIA ANALISIS FORENSIC.
UITM SHAH ALAM
3 YEARS STUDY MAYBE 2 AND HALF
 

apacam cool x?
hehehe..
memang tu minat aku..
pilihan k2 slpas doctor..
ok la tu..
apa2 pom target new study ni..
xnak menyombong... 
nnty ilmu xmasuk!

peace yoo... thats all.. wish good for me in the new study and of course new life..

#selagi ada kudrat untuk belajar, ushakanlah.. kerana ilmu itu wajib dicari dan diamalkan#


Perjalananku mengenal jalan kitab ALLAH.


Tidak semua orang mampu mengatakan ini...
Tapi bgi aku.. keperluan untukku menulis perkara ini..
Biar pun sedikit memalukan,,..
Aku tidak pandai membaca al-quran mahupun mengenal huruf2 al-quran..
Semenjak aku darjah1..
Amat memalukan disini untuk berkata.
Tapi tangan ini akan terus menaip...

Tapi setelah guru menyuruh menghafal ayat kursi masa darjah 3.
Aku seakan2  menjadi orang yang paling bodoh sekali.
Kerana aku tidak tahu membaca.
Sedih amatla sedih ketika itu..
Atas keinginan aku, aku mendengar kawan2ku membaca.
Alhamdulillah, ingatan aku sedikit tajam..
Lantas aku mengingatinya..

Tak berhenti situ saja..
Atas keinginan aku untuk mendalami kitab kita ini..
Aku telah pergi kerumah tok imam untuk memintanya mengajarku..
Dimana kakak dan abangku diajar disana.
Hampir setiap petang aku pergi ke sana untuk membaca al-quran.
Tapi muqadam yang dibaca hanya untuk aku ingati.
Aku tidak pandai mengeja..
Sedikit cemburu kerana kawan2 ku sudah ramai khatam ketika itu...

Tapi betapa tak beruntungnya aku..
Bila aku skip mengaji dan akhirnya tidak pergi kerana rumah tok imam terlalu jauh..
Lalu aku berhenti mengaji
Walaupun hanya muqqaddam sahaja aku pandai membaca

Semasa aku darjah 5 itu jiranku nadia dan siti ..
Mengajak aku pergi mengaji kerumah sahabat ayahku yang berada berdekatan dengan rumahku..
Dan disitulah aku diajar untuk mengeja..
Biarpun aku dah memasuki darjah5 tapi aku masih membaca alif,ba,ta
Alif atas a,alif bawah e,alif depan u..
Tapi kesedaran itu amat menebal..
Aku selalu pergi untuk mengaji..
Dan seterusnya aku dinaikkan surah besar.
Emak dan ayahku amat gembira...

Tapi bila hendak membacanya..
Aku seakan2  tidak pandai  membaca.. kerana apa yang pelajari selama ini..
Aku hanya menghafal tidak aku practikkan..
Aku dirotan oleh pok cik(guru mengaji)
Bahkan aku dimarahi kerana tidak tahu apa 5hukum itu..
Belajar dan terus belajar.
Sehinggalah kesibukan mnghadiri kelas tuisyen upsr.
Aku tidak sempat menghabeskan al-quran.
Hanya berhenti setakat surah al-baqarah..

Selepas itu langsug aku tidak menyentuh al-quran..
Ruginya aku mensia2kan ilmu yang telah aku perolehi..
Tapi seakan2 ALLAH  telah menunjukkan aku satu jalan..
Dimana di asrama SMKTM 1..
Aku menimba ilmu al-quran dengan banyak..
SubhanALLAH.. daripada satu paksaan menjadi satu kebaikan..
Apabila tinggal di asrama mengaji itu satu kewajipan..
Walaupun aku sudah membaca tapi aku masih tidak pandai membaca dengan betul..
Jadi apabila mengisi borang,, aku menulis kesederhanaan bagi bacaan al-quranku..
Yeala.. kalau tak pandai langsug,, masuk iqra la aku..

Form 3, ustazah hasnah mengajar aku mengaji..
Mengajar semua dorm aku la.. dorm nilam..
Ustazah ini sungguh keibuan..lembut..
Entah ustazah ingat tak lagi nama aku kn?
Hihihihi...
Ustazah ni la yang kuat mengajar aku membaca..
Ibarat guru peribadi pula..
Sebab memang ustzah pergi sorang2 untuk mendengar kita mengaji..
Memang gabra la bila time aku..
Tapi ustazah hasnah tak pernah marah aku..
Dia tetap sabar mengajarku..
Kerana itu aku jarang memonteng kelas mengaji dia..
Banyak ustazah ini mengajarku..sehinggalah aku pandai membaca..

Dan masa aku form5 aku disuruh memerhati bacaan junior2ku...
Disebabkan bcaan yang lancar ketika itu..

Habis jer spm,
Aku tingal al-quran..
Dan sememangnya aku seorang yang rugi..
Aku telah gagap membaca al-quran..dan  bcaan aku terus tidak tentu arah semasa aku memasuki universiti...
Tapi alhamdulilah ada seorang sahabatnya yang masih setia bertilawah denganku, menegurku bacaanku.. kadang2 aku mengelak jugak tapi dia ternyata sungguh bersabar denganku..
Terima kasih awak,Noorafirah bt nordin. Rumate aku semester1.
Mskipun kami tidak sekelas, tidak serumate selepas itu.. tapi hubungan kami amat aqrab..
Ketabahan dia membuatkan aku kembali membaca al-quran.. shingga sekarang..

#pengajarannya.. jangan malu untuk belajar benda yang baik. Kerana smua ini untuk bekalan kubur kita jugak.. jangan berasa malu bila ada yang menegur bacaan kita kerana kita tak nampak kesalahan kita.. dan akhir sekali jangan sesekali meninggalkan bacaan al-quran kita. Kerana kita akan gagap dan seterusnya melupakannya..

#Marlia Nadia bt Ramli#utazah hasnah#Nor fatihah bt Aling#noorafirah bt nordin#nurhafeza #irfah athirah#sarina rahim#poksu&moksu#pokcik&mokcik# ayah &ma#
Allah datangkan mereka untuk aku mengenali kitab agung yang diturunkan melalu Muhammad S.A.W