Friday 14 December 2012

Our beauties

beauty..
wanita menginginkan kecantikan 
namun tak semestinya cantik itu perlu bersolek
perlu memakai pakaian yang cantik

the beauty datang dari hati yang bersih
perangai yang elok

melihat orang yang cantik2
mengingatkan kita dengan kuasa ALLAh..

the beauty only can be seen by soul
bukan dengan pancaindera

kita lihat orang yang pakai mekap itu cantik
sungguh cantik...
kita lihat model2 itu kita terpegun dengan kecantikkan mereka..
sungguh cantik
kita lihat artis2 itu cantik
sungguh cantik

kita melihat orang yang bertudung labuh itu cantik
sungguh cantik
kita melihat orang itu berstoking itu cantik
sungguh cantik
kita melihat orang berpurdah itu cantik
sungguh cantik

beauty is so subjective..
apa yang penting disini..
how we can show ours beauty,
tapi tak perlulah terlampau..

jadi diri sndri
jangan jadi orang lain..
meskipun ingin  buat perubahan yang baik..
bermula dengan langkah yang iklas..
berterusan dengan istiqamah..

kita jaga beauty kita bukan kerana sesiapa
namun jagalah ia kerana ALLAH
tuntutan ALLAH

jangan mengikut trend.
kerana apa yang kita lakukan ibarat sia2 saja.
tapi langkah yang sedikit mampu mengorak langkah yang besar.
kekadang apa yang trend itu jua
mampu mengubah kita
kekadang trend itu jua mampu menjahanamkan kita.

tenung balik apa yang kita mahu..
fikir balik apa niat kita,..
apa pun kembali kepada agama kita,
tuntutan dalam menjaga beauty ni..

#even penulis ini sendri tak mampu menjga beauty dia sendri#

Monday 10 December 2012

Soft but hard.


Cewah.. tajuk omputih lerr..
Gerek doe..
Well...
“lembut tapi keras”
Aku pun tak thu mcam mana nak tulis,
Since i just got the idea..

Apa erk benda yang lembut tp keras?
Kalau batu yang keras tu boleh jugak dititikkan air,
Lekur jua dia..(sory if wrong idiom)
Kalau air yang lembut , difrezeekan jadi la air batu
Haa, dapt jugak hilangkan panasku disaat hujan mencurah2..

Fuhh.,,
Bunyi mcam tengah hangat jep doe?
Huhuhu

Thiz wanna going to tell -à figure it out.

Anda merasakan anda lembut?
Anda rasa anda bercakap lembut?
Berperwatakan lembut?
Hati anda lembut?

Dalam lembut anda itu mesti anda yang keras.
Kita rase ianya da lembut tapi ia masih keras di mata orang lain..
Pernahkah?
Walaupun lidah itu lembut..
Namun kata2 yang diucap tak semestinya lembut..
Kan?
Satu persoalan dah terjwab.

Next..
Anda merasa anda ini umpama bidadari yang lemah lembut perwtakan..
Namun anda tidak merasakn yang anda ini keras..
Wee( knape)
Sifat yang keras itu ditutupi oleh dek lembut perwatakan anda..
Misalnya....
Tulis mesej habis lembut dan jelas, satu2
Tapi disaloh tafsir ugok, sebab tando seru!!!!!! Banyok situ..
Ataupom  tak dok titik.. kelate sikit deh
 
Anda merasakan anda ini berhati lembut..
Mudah untuk memaafkan orang,
Mudah untuk meminta maaf..(and such the thing)
Tapi anda sangat sukar untuk melupakan apa yang telah si dia buat..
Kan?
Perhaps kita tak tahu pun yang kita akan berdendam

Dan sesuatu yang kita rasa lucu..( sekadar penambahan)
Dia lelaki yang lembut namun dia akan menyerah dalam apa2 pun.
Dia seorang perempuan yang kasar namun tak semstinya dia tak akan menitiskan air mata

Conclusion
Even kita ni sperfect mana pun, kita perlu ingat untuk bertutur dengan baik.. kita perlu menjaga hati setiap orang.. at least we made some effort for it.. kan? Jgn fikir perempuan yang lembut ni hanya pndai mengalirkan air mata shja. Fikirkan apabila mereka marah.. dan sebaiknya elakkan berdendam.. some kind of simple but most terrible when facing someone..
meminjam kata2 mathlutfi
Dunia  ini memerlukan ramai orang yang berfikiran positive..
Mungkin seperti anda.. ^_^
 
Last but not least..
Kita sentiasa rase tidak puas hati walaupun seseorang itu tidak berniat berkata mcam tu..  kerana kita mempunyai hati yang lembut, lidah yang lembut dan juga perwatakan lembut.  For me, just take it easy although its difficult. In syaa Allah, u will fine with dat. Kalau belajr tentang human behaviour tak pe la jgak.. tapi aku ni belajar tenang human anatomy.. aku boleh tulis panjang2.. but for now..
This is all..
Jom.. p pasar malam permint jaya..
lapor


Rezeki dan usaha..

Rezeki dan usaha..
Well...
Tajuk ni mungkin dipandang remeh dan biasa bg semua..
Dan banyak aspek nya
Namun hanya hal yang akan sy huraikan iaitu..
Kehidupan student..

Student,
Mahupun student upsr hingga ke ijazah,
Mereka mahukan kejayaan,
Right?

Mahukan keputusan yang cemerlang..
Sehingga kan sanggup membawa toyol2 dalam peperiksaan..
(awop2 pehe la toyol tu ape)

Katanya..
Aku tak rela kecewakan mak ayah aku.
Aku tak nak dipandang rendah oleh rakan2ku
Aku mahu graduate cepat..
Aku mahu 4. 00
Aku mahu 9A..

Itu yang kita nampak kn?
But how to achieve them?
Usaha syg2 ku..
Tawakal..
Bersungguh2..
Mungkin  ramai yang faham akan maksud ini..
Namun tidak mahu mengerti akannya..

Meminjam kata2 kawan ku
“lebih baik dia membawa paper selagi dia bersama rezeki atas usahanya dari mereka yang berjaya namun atas rezeki  dengan meniru”
Dia membawa paper(repeaters) namun dia tidak pernah menipu dirinya mahupun ibu bapanya..
Dan  walaupun keputusan itu dia masih lagi berjaya menghabeskan zaman persekolahan, universiti dengan berkat dariNYA..

Jujur akui..
Memang eden pernah meniru tapi  hanya form 1 jela
Lepas tu  serik..
Guna effort sendri..
Walaupun SPM aku teruk tapi..
Alhamdulilah..
Dan di universiti pom
Alhamdulillah..
Berkata kwan ku ketika spm
“ bia lah yu, apa yang dorang buat itu.. asalkan kita yakin dengan Allah.. dan kita tak kan merasa menyesal kerana itu kesilapan kita sendri.. bukan dari sesiapa.. usaha sudah tawakal pun sudah.. hanya menunggu rezeki kita sahaja”

Mungkin..
Anda layak memegang anugerah pelajar terbaik..
Mungkin..
Anda layak mendapat anugerah naib canselor..
Mungkin anda berada di bidang y anda suka..
Mungkin..
Anda bersyukur sekarang dengan rezeki yang anda dapat..
Tetapi pernah kah terfikir..
Keberkatan yang kita peroleh?
Kata2 pensyarahku
“ percentage setiap kamu bawak dalam quiz. Test walaupun kecil  nilai taranya dan akhirnya ke final dan menyebabkan kamu antara lulus dan gagal. Jika kamu lulus, adakah kamu berbahagia kerana kamu tahu apa yang kamu lakukan itu. Kami tidak mengetahui, kawan2 kamu tidak mengetahui .. hanya kamu dan Maha Melihat sahaja yang tahu. Kerana dari hasil inilah kamu akan mendapatkan perkerjaan yang kamu akan dapat dan tanpa kamu sedari ianya hasil dari apa yang kamu meniru.. halalkah ia?”

Perkara amat dipandang enteng.
Kerana ianya amatlah kecil..
Satu contoh sy boleh bagi
-anda mendapat 5A upsr, 9A pmr, 10A spm, 4.00 university tetapi atas usaha anda akan berasa sungguh bahagia dan tenang.. mahupun ketika menjwab exam dan jua seterusnya. Rezeki yang kita dapat itu ats usha halal yang kita datangkan
Ingt..
Dalam mendapatkan rezeki yang halal, cara mendapatkannya haruslah halal
Matlamat tidak menghalalkan cara..
Bia bergunung kita mencipta kemenangan namun dengan cara yang tidak betul maka tidaklah sempurna jua kemenangan kita itu..

conclusion....

Saya pun student gok... merasa ugok stressnya.... nok merasa ugok untuk berjaya ..
Tetapi apa yang kita usaha, itulah yang kita dapat..
“Kurangkan plagiarism, tingkatkan usaha”
berusaha lah dengan usaha sendri..



Friday 30 November 2012

Nothing

ahh.. lama rasanya tak berblog..
mungkin kerana kesibukan ataupun tiada idea..
kerana idea itu datang setelah aku menghadapi situasi itu..

 aku buat blog ni bukan untuk memfemeskan diri, 
ataupun menulis hal2 yang tak sepatutnya..
kerana itu aku tidak menulis..

menulis sesuatu yang baiik bukan perkara senang..
salah menulis dikatakan hipokrit, auta, . dan macam2.
perlu mencari kesahihan dan bukti serta pendapatan orang lain..
dalam setiap entry yang kita bawa itu

menulis memang perkara senang..
namun nak menghasilkan penulis yang dapat difahami orang tu memerlukan effort yang lebih..
mungkin kita akan disalah ertikan oleh pembaca.. 
dan mungkin kita sendri merasakan malu dengan post kita dulu..
lalu mendelete semua entry kan?

seperti post kat fb yang mengatakan..
"aku bercakap kearah kebaikan bukanlah bermakna aku baik namun setidak2nya ia juga terpalit kepada ku"
kerana orang cakap..

'alah dia tu post je islamik tapi perangai'

tak salah jika share apa yang baik..
begitu juga dengan blog ni..

dear yang mengenaliku..
maaf kerana selama ini telah berubah..
manusia ini penuh dengan nafsu..
penuh dengan keinginan..
penuh dengan teka teki..

#if we can write a little thing that can change a person, why not we try for it#

Saturday 15 September 2012

jodoh

sebenarnya memang amat cemburu la jugak dengan kawan2..
da nak kawen..
yang bertunang apa kurangnya...

even aku ckp dengan ayah nak kwen pom..
ayu ckp muda lagi..
calon pom xderk ayah...
jeles betul...

kita bercinta, ptus...
bercinta putus...
bukan suka sagt bercinta ni..
aku nakkan lelaki yang benar2 nak kan aku..

suka kan..
tengok dorang selangkah kehadapan..
sedangkan aku ni...
xthu kemana..

umm.....
yeala...
jodoh tak sampai lg..
hbeskan blaja dlu..
baru fkir smua tu...
kadang2 bahgia sementara jew....

herm...
keputusan sekarang...
tumpu pada study...
jodoh blakang kira...

xnak buang masa dah....

"want be a doctor" laksanakan cita2 dahulu yu...
chayok2..

Wednesday 5 September 2012

TANAH,DAGING, TULANG



Sedikit coretan yang saya rsa sedikit penting.
Kembali kita kepada fitrah kejadian manusia.
Dari segumpal darah, menjadi seketul daging dan tulang belulang.

{ ولقد خلقنا الإنسان من سلالة من طين. ثم جعلناه نطفة في قرار مكين. ثم خلقنا النطفة علقة فخلقنا العلقة مضغة فخلقنا المضغة عظاماً فكسونا العظام لحماً ثم أنشأناه خلقاً آخر فتبارك الله أحسن الخالقين }. المؤمنون 12-14.Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”. [Al-Mu’minun: 12-14].

Macammana pula kejadian ketika Allah ingin menjadikan Adam alaihisalam.
Ketika ALLAH ingin menjadikan manusia,
Malaikat telah berkta “wahai Tuhanku usah lah jadikan manusia, dikhuatiri mereka akan kufur kepadaMU”
Namun ALLAH tetap ingin menjadikan manusia dari tanah liat.

Surah Al-Hijr, ayat 28: "Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering dan lumpur hitam yang berbentuk (berupa)."
Namun apa yang sy terfikir dan memikirkan kata2 pensyarah sy ketika belajar bab preganancy and labor.
Laluan untuk manusia keluar ke muka bumi ini adalah kemaluan.
Maafkan sy...
Namun kita tidak terfikir akan sebab munasabab nya...
Pensyarah : dngan izin ALLAH, manusia keluar dari jalan itu. Ingin meningatkan manusia itu akan dari asal usul kita. Dari jalan manakah kita keluar? Dari jalan hina ALLAH keluarkan kita, hatta anak raja mana pun.

Disini sy terfikir akan siapa kita sekarang? Berlandaskan lagi perjanjian kita dengan ALLAH ketika kita dicampakkan kedalam rahim si ibu. Waallahu’alam. Sepandai mana pun kita, sekaya mana pun kita, sekacak/ secantik mana pun kita itu semua dengan izin ALLAH.... janganlah sombong dan bongkak kepada pencipta kita.
SURAT 17. AL ISRAA' 37
Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.

Berkata sy disini bukan untuk berkata kepada sesiapa, namun ianya lebih kepada diri sendri. betulkan sy jika ada yang sy tersilap.  

Friday 13 July 2012

peniaga yang kurang profesional

Korang tahu tak..
First time selama aku hidup 20 tahun ni..
Aku jumpa penjaja yang sewel..
Sori la ..
I mean one in million…
Kalau korang jumpa penjaja ni..
Memang sah korang bambu dia..
Nak harapkan aku yang jenis malas nak kuang ajar dengan orang tua ni..
Senyap jewlah..

How the story..
Aku nak la beli keronsang..
Memang aku dah stok kerosang ni..
Memang aku nak beli la…
Then aku nga kawan akuu berhenti kat pasar malam ni..
Then dia tawar plastic  kat aku.
Hendak suh aku beli la…
Memang aku nak beli pom..
Lepas tu…
Aku ckap la..
"Sy nak tengok2 jew dlu.."
Thu x ap dia jwab?
"nak tengok kena ar beli.. Kalau awak sentuh sy kira awak beli"

Aku cakp ala kebangangnya ..
Okei lg..
Sebab memang aku nak beli…
Lepas tu aku nak masukkan kerosang dia dalm bekas tu..
Bertarabur  la kan…
Smbil2 aku tengok kerosang lain..
Tahu tak apa.?
Dia marah aku.. Sebab takut tertanggal "kacing" dia tu..
Ala setakt sentuh jew pun..
Memang dia maki aku teruk2 la…
Cakap "bukan kija awak nak buat macam tu… kalau awak nak duduk tepi sy berniaga"
aku diam je la…
Maybe salah aku…

Tapi amat keterlaluan la pakcik ni smpai kutuk2 aku..
Cakap budak kampung tak sedar diri..
Orang kelantan macam ni la..
Suka menjahamkan barang orang..
Aku buat pekak lagi.. Layang orang gila macam ni la kan..
Memang aku nak beli product dia kan…
Peduli la… jap ag terbeliak la mata dia kalau aku beli…
Tapi….
Amat mendesingkan telinga..
Bila dia cakap
"adik,budak ipta.. Jangan nak berlagak la… adik kuar pahni tak dapat kija la adik "
Eh.. Aku tak doa pun perniagaan kau lingkup tau…
Yang kau cakap aku bukan2, apasal…
Kau bukan penentu rezeki aku….
Dalam hati jelah cakap…

Then bertambah bengangnya aku.,
Dia telefon pula si isteri dia…
Si suami dengan isteri ..
Sama2 bangang…
Buat loudspeaker pula tu…
Sampai habis orang berdekatan dengar

Aku dengan hilang sabarnya…
Aku blah….
Xlarat dah nk tahan..
Orang caci kita….
Balik citer kat housemate aku…
Dia cakp
"Doa bankrup la yu, orang terniaya niyh"
Aku cakap…tak baik mendoakan keburukan orang..
Walaupun aku teringin..
Bengang kowt…
Cuba korang fikir la…
Disebabkan aku pegang kerosang…
Smpai macam tu dia caci n hina aku…

Memang ikut hati… nak balas jugak…
Tapi fikir…
Adab kita dengan orang…
Kwan aku ada cakap…
ALLAH sebenarnya telah menguji kita……
Macam mana cara kita menghadapi masalah tersebut…
Ada orang yang anggap ia secara negative dan ada juga yang berfikir positive,.,..

Aku sekrang ambik paper enterprenuership..
Hal2 berniaga  la…
So….
Aku kata macam ni…
"macam ni dia punya strategi… dia layan macam ni kepada customer dia… kalau macam ni lah.. Bankrup dia berniaga… in term of the product mesti low quality"

Aku tak doakan … tapi aku relate dengan apa yang aku belaja.. Betul la cakp PN aku..
Kita kena pandai atasi penjual2 yang tamak ni…
So…
Jangan nak kaut keutngan sgt.. Sebab tanpa kitaorang sapelah anda… jika tiada demand…
Tiada juga product anda… dan layakkah anda makan dengan hasil perniagaan anda mcam tu..
Ingat garis panduan yang Nabi gariskan…

*aku pegi maidin, kacing tu aku sampai pakat kat tdung tak derk pown caci aku bagai nak rak*


Wednesday 27 June 2012

busy2...

lama tak update blog..
aku sibuk..
sibuk sangat..
sampai nak update blog pom tak boleh..
nak2 lagi wifi tak derk..
nak byar broadband dok ngrok sgt...,,
hahha...

takpe..
blaja dgn effiecientnya
dengan tidak berinternet
cewaah...

tapi masalahnya tidur awal
sgt meminumkan waktu tidur..
pkul 10 da sudah tidur...
kekadang laptop xbukak

so.. idea pom xberapa nak berapa buleh..
tak derk idea nak berblog.. kecian
dah bersawang dah,,

sibuk dengan projek..
bio n enterprenuer
so kena buat research..

give about the intresting about the ice cream..
because i will make the project to build a market at kuala terengganu
this is my project..

give ur opinion

Wednesday 16 May 2012

clmat hari guru

bila dengar kat tv
siapakah cikgu yang anda ingat sampai sekrang
dan kenangan yang ada pada mereka..
tetiba nak tulis entry pasal ni

ni hah... akaq nak story
pasal zaman sekolah rendah..
well... sebenarnya aku tak pergi tadika..
pergi tapi sebentar la..
abc pown tak kenal...
yang aku kenal haaa...
pakwe aku...
biol punya budak..
tadika pom bercinta..
hahhaha

masuk darjah 1..
memang aku mcam bdak bodh..(actually yes,dumb)
sebab ak tak kenal pom abc, 123
apath lagi...
membaca
nak jadikan cerita la...
ada la cikgu ni....
garang gila ...



memang aku kena kutir(cubit)
sopmo la kat cikgu ni...
ingt sgt
buku bacalah syg tu kan..
lebuk(hancur) boleh ko aku..
sebb takut kena kutir..
even dah biru perot aku dia kutir...
kaki sampai terjinjing disebabkan kena kutir..
tpi
sebab dia lah aku kenal abc..
dan pandai membaca...
nama cikgu ni cikgu azlina(s.k.kemahang 3,1999)

sorang lagi cikgu matematik, nik azizi (s.k.kemahang 3,2000)
masa ni aku drjah 2..
babilnya(lembab) aku kan tak pernah pandai baca jam..
hal cmpur bahgi darab..
serah jep kat budak mate ni..(seyes mate ak A++)
tp bab  tengok jam, failed..
even aku ni anak murid kesyagn dia lg..



tapi ada sekali dia lempang aku..
sampai terteleng kepala aku...
berpusing badan aku..
kuat tu....
sebab aku salah baca jam..
memang ak tak pandai tengok  jam kowt..
sekarang pom kalau jam analog..
aku akan tengok lama2 baru aku tahu pukul brapa..
ayah aku pun kalau beli jam,'
dia beli jam digital..
maaf la cikgu memang sy slow sikit bab tengok jam..
sekrg pom tak pndai2...

hehehe...
2 orang cikgu ni paling aku ingat sebab tanpa diaorang aku tak kan pernah pandai membaca..
dan walaupun lembab tengok jam
tapi aku masih boleh tengok jam,walaupun mengmbil masa 5 minit

ramai la cikgu yang banyak memberi jasa kat aku masa sekolah dlu..
semuanya...
kalau kat sekolah rendah, kamilah pelajr kesyagn..

kat sekolah menengah,
akulah yang bermasalah..
hahah...

terima kasih cikgu...
mendidik sy sehingga berjaya sekrang di menara gading..
insyaAllah  alam perkerjaan menyusul,..

Tuesday 15 May 2012

Haa.. tetiba teringat lak zaman ayu duk kat asrama..
Geram la ngat muka y berjerawat la katakan..
Dlu muka okey, lepas ayu guna produk macam2..
So naik la diamond yang banyak gini dekat muka..
ini mangsanya


Nak jadikan citer, kawan ayu cakap guna ubat gg untuk kecutkan jerawat tu..
Ayu excited ar.. muka makin teruk tau.. habes produk i telan.. habes  toner i toyoh kat muka ni..
Tapi tak sampai berkrim2 muka ni.. tu yang ayu tak suka.. mekap.. hahha

So, ayu try ar malam tu..
Calit sini, calit sna ubat gg tu hah
Nak jadikan citer... setiap hari isnin dan jumaat, geng2 ayu akan berpuasa..
So, kat asrama kena serahkan nama siapa yang nak puasa dan bersahur..
Ayu ni pemalas cikit nak bangun sahur, sebab kalau kat asrama ni leceh kena pakai tudung,
Kena pakai proper dlu baru lah pegi sahur...
Since dah janji dengan kawan ayu ni... bangun la sahur.

ini punyer produknya
Bukan bangun sangat, kawan ayu yang dorm sebelah tu kejutkan..
Ikotkan hati nak jer tido balik tapi kwan ayu tunggu kat katil..
Ok, aku bangun..
Selamba jer aku ambik tudung...
Ikot kawan pergi dewan makan..

Tak senonoh punya perangai..
Biasa la,ayu bukan suka bangun sahur..
Bahkan kalau sarapan pun ayu jarang makan, sebab ayu tak boleh bau makanan pagi2 nanti ayu muntah...
Tu yang jarang bangun pagi...

Bila ayu ambik makanan, makcik tu tegur..
“Ai pakai bedak  sejuk kew?”
Ayu hanya sengih jela..
Yeala time tu tak sedar kan..
Ramai jugak yang bangun bersahur aritu..
Bila aku basuh tangan disinki baru ayu tahu...
Muka ayu bertempel macam bedak sejuk...
padahal ubat gg
“nis... malunya aku”
Farhanis hanya gelakkan aku..
Tulah buat sangat perangai tak senonoh...
Tak senonoh pun bertempt la yu...
dengan pantas ayu mencuci muka ayu di sinki itu..

nasib baik....
orang tak perasan sgt..
kalau tak cik ubat gigi la ayu situ
ini hasilnya.


So: ubat gg boleh kejutkan jerawat tapi bukan untuk dijadikan bedak sejuk..
Bangun dari tido tu selawat dlu, bia roh datang elok dalam tubuh bdan kita..
bru boleh bangun sahur..
apa2 kew..

Malunyer......
Walaupun kisah ni sudah 3 tahun berlalu.. masa ayu form 4...
Hahhaha......,,

RENUNGAN BUAT SAHABAT

Allah maha besar. Allahuakbar.
Tanpa kita sedari Allah sentiasa memberikan kita hidayahNya kepada kita.
Setiap hari kita didedahkan dengan semua perkara dengan Islam.
Secara langsungnya Islam itu ada pada setiap orang Islam.
Yang membezakan kita semua adalah perbezaan antara “yaayuhannas dan yaayuuhallazi”

Saban hari kita terdedah dengan ilmu secara langsungnya namun kita yang mengindarinya.
Ilmu datang dan pergi
 tidak beramal..
Bahkan ramai mampu yang mampu berkata gah dengan hujah2 islam
Dan dalil2 al-quran yang betul.
Tapi kita sendri membiarkan ilmu yang kita dapat itu hilang begitu shaja.
Tanpa kita sedari Allah telah menyuntik hidayahNya kepada hambaNya yang alpa

Kita semakin angkuh semakin bongkak dengan apa yang kita miliki.
Namun apa yang kita miliki itu adalah semuanya milik ILAHI.
Dari DIA  kita datang kepada DIA jua kita kembali.

Nikmat yang Ar-Rahman telah berikan kepada kita terlalu banyak.
Meskipun hanya mampu mendengar sahaja.
Meskipun hanya mampu bersuara shaja
Meskipun hanya mampu melihat sahaja
Meskipun hanya mampu tersenyum
Kerana itu adalah semua nikmat dariNYA.
Tiada siapa yang mengetahui rahsiaNYA.

Sering kali kita menyalahkan takdir apabila takdir tidak menyebelahi kita,
Kita menjadi manusia yang lalai
Dimana prinsip keimanan yang kita pegang
Beriman dengan qada’ dan qadar
Kita menjadi angkuh sehingga lupa
Kita hanya hambaNya.
Yang disuruh menyembahNya bukan mempersoalkan apa yang DIA lakukan.

ALLAH itu Maha pengampun.
Bahkan satu kelebihan ummat Muhammad S.A.W yang ALLAH anugerahkan
Yang mana tidak ada satu pun dalam pimpinan rasul yang lain..
Bertaubat kepadaNYa, mendapat keampunan dariNYA.
Walaupun airmata hanya membasahi bulu mata.
Allah menerima taubat kita.
Dan sekalipun tidak akan menghukum kita sebelum tiba penghitunganNya.
Seperti kaum2 yang lain, yang diterbalikkan bumi, diadakan ribut.

Kita semakin alpa.
Kita semakin bongkak.
Kita semakin jauh...

Pesanan ayu:
Ingat lah saat kematian kekasih kita yang tercinta Nabi Muhammad S.A.W
Baginda hanya menyebut ‘ummati,ummati,ummati’
Begitu baginda risau akan umatnya yang kian lama kian melupakan baginda
Setiap apa yang baginda lakukan pasti akan terfikirkan umatnya.
Sebaik2 ummat adalah ummat Nabi Muhammad S.A.W.
Tapi sekarang dimana kita berdiri?
Dimana kita berlari?
Dimana kita tuju?

Samalah mengambil iktibar
Hidayah milik Allah...

Monday 16 April 2012

Bcoz of this button

semalam ayu pergi klinik..
ar? sakit kew?
hehehhehe.....

naik mutor dengan ayah ayu.
merempit dengan ayah..
xpew..
dengan ayah yea..
jangan dengan pakwe sudah..

firstly kena pkai helmet..
bukan ayu suka pakai helmet..
faham2 la orang perempuan ni kan..
takut tak jadi tudung
kadang2 lelaki pun tak suka pakai helmet.
nnty rambut dia rosak..
ni haa helmet ayu kena pakai

helmet tanpa shield


pergh..
memang cantik arh...
tak boleh ambek gambar..
nnaty orang cakap ayu sewel lak...

nak jadikan citer..
naik mutor tu buat tudung ayu terbang..
then ayu letak la this button kat belakang..
sebb button ni jew yang ada..
tu pun ayu buat perhiasan kat bag ayu..

button ahmad fedtri niyh














hehhehe..
sampai kat klinik..
ayu nak naik da..
tak ingat dah button tu..
ayah yang cakp..
la button apa yang kau letak tu..
hehehehehe...

naik trun pejabat ayah aku..
then ingat dah balik..
tetiba ayh ayu uturn kat kedai i-home..
hhehe...
ayu dengan selamba turun dari mutor...
baiki tudung arh..
masuk dalam kedai..
apa lagi salers tengok la kat ayu..
aih?
apa sal?
tahu la cantik..
aku masih keadaan berbutton dibelakang..

n then pusing lak pegi ke kdai pantai timur..
hehehhehe...
ni mall tau..
boleh ayu naik atas tanpa ayu buang button tu
memang ramai orang..
memang ayu tak ingat yang ayu letak button ni..
naik muto balik baru aku thu yang ayu tak buang button ni..
arh... malunya
maluu...



sengeh sorang ayu ingat kew peristiwa tu..
adui..
ni lah pepandai sangat..
naik mutor..
pakai helmet..
bubuh (letak ) button lak..
adui..
nasib orang pelupa macam ayu ni..
hehhehe

::moral--> kalau naik muto
pastikan anda berjaga2 dengan tudung anda..
hhehheheh





Sunday 25 March 2012

waaa...gediks sikit

on9..
boringnya...
stalker facebook kawan..
masyaAllah.
alah tak payah cakap la

stalker2..
then,..
ows! mamat niyh...
mamat yang selalu kau usya time perhimpunan..
maklumlah klas dia dapan perhimpunan..
terbaik ar...

baru aku ingt..
dia ni abag kawan aku..
siot kan aku..
masih ingt lagi sape ak minat dlu
amboi..

hensem doe..
kalu tengok pom mesti terpikat..
tapi nak wat macam mana.
dah milik orang(amboi sempatt ag)

hensem ah..
senget sorang der,
teringat nostalgia lama

Tuesday 20 March 2012

being islamic.

aku dan nawal tido lewat semalam..
dan apa yang aku tulis ni berdasarkan percakapan aku dengan nawal.
dari topik alam sekolah...
hinggalah ke alam yang nyata..
fikir tentang apa nasib orang islam sekarang..

1. beruntunglah kita dilahirkan sebagai islam...
amat beruntung.. dan tersangt lah syukur kerana kita ni salah seorang dari islam..
berapa banyak manusia di muka bumi ni mencari agama mereka..
dan kita yang islam ni amat bersyukur kerana mak ayah kita ni islam..
bayangkan kita ni dilahirkan dalam keadaan yang bukan islam..
dapat fikir tak ?
apa yang sedang kita lakukan sekarang.

2. well dorang pun tak mintak dilahirkan dalam agama yang sesat kan? 
dan semua agama yang mereka anuti tu adalah agama Allah asalnya..
tapi telah terpesong disebabkan oleh disebabkan terpesong..
hatta sebelum kehadiran islam ni pun
telah tercatat dalam kitab injil..
menyatakan akan lahir seorang nabi diakhir zaman..
dan dia sendri yang dia ingin beriman dengan nabi..
(BETULKAN SAYA JIKA SAYA TERSALAH)

3.hidayah itu milik Allah..
bercakap pula tentang hidayah..
tiada apa yang boleh dilakukan untuk yang bukan muslim..
masuk islam melainkan berdoa..
mereka hidup didalam kaum melayu..
agama islam..
dan kata nawal: pintu hidayah hanya ditepi dia namun tak  terbuka...
dan dalam Al- quran pun Allah telah berfirman..

“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)”



4. malangnya jika kita yang menjadi tanggapan negative kepada penganut agama lain..
maafkan sy..
ramai yang mengaku islam tapi agama tak melambangkan peribadi islam..
susah untuk kita menarik orang bukan islam..
jika kita sendri perangai melebihi mereka..
dan kita sendri disuruh berbuat baik dengan orang bukan muslim..
menjaga perlindunga mereka..
seperti kalam Allah didalam ayat at-taubat..

5.kita orang islam pun belum tentu masuk syurga.
kadang2 kita tertanya2...
mengapa islam tapi masih banyak maksiat yang berlaku..
dalam kitab al-quran sendri ada menyebut akan ..
solat itu mencegah dari zina..
dan kenapa solat tapi masih bermaksiat..
kerana tidak menjaga solat.

perlakuan,percakapan dan niat kita belum tentu betul
dan solat kita dilakukan itu kusyuk kepada Allah..
dan hanya solat itu merupakan hubungan kita hnya denga Pencipta kita.

6. bersyukur di bumi Malaysia.
kita hidup dibumi Malaysia ini adalah satu nikmat kepada kita..
yang mana kedatangan Islam di negara kita.
seperti dalam catatan sejarah.
seperti yang kita pelajari Parameswara adalah seorang beragama hindu-buddha..
dan telah memeluk islam..
semasa itu agama islam tersebar luas.
disebabkan kedudukan selat melaka yang strategik untuk perdagangan.
beruntunglah kerana negara kita ini masih lagi terpelihara islam..

to be continued

Monday 19 March 2012

cinta lagi?

heheehe..
apa korang ingat ap?
tak la..
nak suruh masing2 duduk n fikir..

sebab apa korang bercinta?
adakah sebab dia tu memang dah memang berniat nak jadikan anda isteri anda?

fikir baik2 erk..
ambil nafas...

pernah tak korang fikir...
kenapa pakwe korang, nakkan korang?

macammana korang kenal?
macammana hubungan korang?

dalam setahun
berapa kerap anda tukar pasangan?

adakah anda bercinta dengan dia untuk jadikan dia bapa kepada anak2 korang?
adakah anda bercinta dengan beliau untuk berdamping dengan dia di syurga nanti?

aku tak kata apa2.
cuba fikirkan..

nak kata jumpa mak ayah.
semua rata2 dah jumpa.
sebab mak bapak sekarang terlebih sporting tapi bila anak nak kahwin tak bagi pula..
musykil gak..


lelaki yang baik akan mencari isteri yang baik..
adakah dia melayan korang baik macam mak ayh korang
<maybe> tapi in wat manner he is.

seseorang lelaki akan menyentuh perempuan yang disayanginya.
hanya selepas akad nikah.
that y lelaki gementar nak akad nikah.
sebab diarong gementar nak pegang tanggungjwab.
itu sebenarnya lelaki yang ingin beristeri.

yea,,
ayu pom baru sedar.
hope korang pom akan sedar..

JODOH ITU SUDAH DITETAPKAN WALAUPUN KORANG MENCARI..
PENCARIAN AKAN SELESAI..
SETELAH BETUL2 JODOH KORANG SAMPAI..
DAN IA TIDAK AKAN DATANG TANPA REDHA ILAHI...
NIKAH  ITU PASTI
NAMUN BAGAIMANAKAH CARA UNTUK KITA MENUJUNYA..
ISLAM ITU INDAH..
BERCINTA LEPASA KAHWIN SATU NIKMAT..
 

Friday 16 March 2012

mampukah aku?

tak dapat tidur..
hummm...
sesekali layan video ni boleh gak..
so aku pom  cari my top video kat you tube..
mesti kenal kan you tubers tu.. mathlutfi, inianwarhadi, aiman azlan..
tengah layan punya best tengok..
video dorang memang best..

n jumpa lagi yang lagi manfaat..
so deep..
nnaty korang cari lah erk..

in this tahajjud time..
aku terfikir mampukah aku melaksanakan seperti yang mereka listkan itu..

1. solat
kita harus jaga solat..
solat itu tiang agama
seperti firman Allah..
"sesungguhnya solat itu mecegah dari melakukan mungkar"


2. cintai ilmu..
kita mencari ilmu hanya untuk peperiksaan sahaja..
aku sendiri akui...
aku tidak ingat dah apa yang diajar untu semester lepas..
humm...
mampukah aku beramal dengan ilmu aku itu?
seperti sabda Rasulullah
" tuntutlah ilmu kenegeri china"

3. manfaat kawan.
ramai yang terlupa akan konsep ukhwah fillah..
dan aku pun dapati ramai yang berkawan hanya sekadar kawan..
tidak memahami konsep kawan itu sebenarnya..
hadis riwayat bukhari
Rasululah bersabda yang bermaksud
"tidak sempurna iman sebahagian kamu selagi mana dia tidak menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi drinya"



4 akhlak..
kata orang putis"well behaved"
dan kita sebagai orang islam pun sendri telah disuruh menjaga peribadi..
peribadi yang baik merupakan pakaian yang terbaik untuk insan..
hatta nabi Muhammad S.A.W pun ketika menyampaikan dakwah baginda bermula dengan membentuk akhlak. tidak dengan cara yang mendadak..

5. relationship with Allah..
last but not least..
dan ia merangkumi semua diats...
"buat lah apa yang disuruh, dan jauhilah apa yang dilarang"
konsep memang senang secar praktikalnya?
humm......
lets us  think together..

MAMPUKAH AKU?

 

MOTIVASI CINTA

waa.a
bercakap kalah macam orang ada pengalaman.
well...
memang banyak kalau nak diceritakan..
semua kawan yang kenal aku tahu akan perangai aku..
tapi aku nak cakap kat sini..
tak semua insan tu tidak boleh berubah..
dan ianya boleh kearah kebaikan ataupun keburukan..
dan semua itu terletak kepada kita..

Allah S.W.t sudah berfirman bahawa..
"tidak aku mengubah nasib sesuatu kaum melainkan diri mereka itu sendiri"

Thursday 15 March 2012

perangai manusia

tetiba ada rase kesal dalam hati..
tapi ayu tak boleh melatah.'
jangan fikir blog ayu ni tempat ayu meluahkan perasaan jer..
tapi baca dengan hati..
dan fahami setiap bait kata2 insan yang humble ni..
nak kata semua orang perfect tu tak adalah..
dan cuba korang fikir..
even pakwe or someone yang rapat dengan kita pun kita tak mampu memahami sikapnya 100%
betul tak?

bila ayu berdepan dengan orang..
ayu jadi takut.
because of y?
some people can act such humiliate thing in front of me.
dan ada juga yang memualkan ayu...
get it?

kita rasa kita dah ok dengan semua orang..
kita rasa kita dah habes baik dengan semua orang
kita rasa kita dah terbaik daripada semua orang namun.
setiap mata yang memandang itu akan memandang kearah keburukan jua..
percaya atau tak?
herm..
test yourselves first..

walau sehabes baik dah kita cuba berfikiran positive namun
kita tetap akan memandang perlakuan seseorang itu secara negative...
lebih2 lagi orang melayu..
maaf bukan nak kata dan ayu sendri pon orang melayu..

hummm...
bakpo ehs tetiba tubik hal ni?
xdok la ayu duk pk..'
bkpo ore tok suko ko ayu..'
dan org suko cari pasal nga ayu..
hahhahh....
kata2 itu binasa..
dan diam itu juga berbisa.

manusia itu memang sukar dimengerti.
dan takkan mudah difahami..
walaupun hidup dengannya seabad pun..
k..
nak orang sukakan kita bukan mudah...
dan bukan mudah untuk menjadi yang terbaik....
i can not be da best but i am trying

Wednesday 14 March 2012

look up for tutorial?

hye.. i am just been afraid of..
want to try sometimes new for my blog..
but i still have any courage to do that.
ngoh(nickname for sister) n also my friend
were asked me to do it..
but.....
i think i need more tutorial and some encouring from those knowing this..

Saturday 3 March 2012

umpama bercakap dengan gagak

ap cer?..
dapt tangkap x?
burung gagak ni hanya pandai aa.. aaa. aaa... sahaja kan?
so get my meaning?
not yet.....
sampai hati korang.......

Saturday 25 February 2012

when blogging

what should language i use for my writing?
i did not think that i can write english better..
but i must to try write english..

of course my grammar will broken,,
exactly....
but here the purpose of learning....
of course i will do a lot of mistake...
but i have already tried..
at least i frequent to use this nation language..

my friend just now correcting my word..
"hey, u mix this to language"
well, here i am..
cannot be speak in english directly and good..
but i have tried....

if we do not try, we do not have any cofident to write and speak in english mostly...
thats y we need practice..
practice make perfect...

just do we u feel...
take the good side of crition by others..
but never give up with all those thing...

ISLAM way do not like the Umah who give up easily..
we should try and try until the end...

okeyh....
see yah..
for next english writing...
psstt;: teach me how to master in english...
and try to pursued me to talk in english..
.huhuhhu......
love ouls,,,.. bwuerkk,,,

pERSaudaraan

nak tahu.. ayu dapat ilham nak tulis entry ni sewaktu mandi..
adeih... waktu mandi pun sempat berangan..
huhu.....

ok lets we start ---->


tidak ada seorang manusia ini mampu hidup seorang diri..
hatta ALLAH telah menjadikan hidup seseorang itu ada sifat cinta,syg akan persaudaraan itu..
walaupun orang itu sejahat2 manusia...
dia tetap akan mempertahankan saudara mereka..
tapi macam tu pula sebaliknya..
ada jua yang sanggup mengkianati saudaranya....


unjuran itu..
ambiklah kisah qabil dan habil.. kisah habil dan qabil
kisah yang terawal untuk kita sebagai iktibar untuk kita untuk menjaga persaudaraan itu..,
mereka adalah bersaudara namun kenapa masih ada dengki antara mereka?
pentingnya kita untuk memahami konsep persaudaraan ini..

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."   A-li 'Imraan , 103 

"Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan"."   
Al-A'raaf , 43 

kita munasabah diri kita..
adakah kita mampu hidup keseorang tanpa saudara?
indahnya konsep persaudaraan itu..

bahkan kitan ini semua adalah saudara sesama islam..
wajarkah kita membenci sesama kita..

hello dear..!!
kita ni sama2 masuk kubur tau..
sama2 pakai kapan..
sama2 disoal mukar nakir(except syahid)..

dear...
kita sama2 dijadikan dari tanah..
kita sama2 duduk di muka bumi Allah ini..
kita sama2 menghirup oksigen Allah ni...


ramai yang putus kawan
entah kenapa mereka ini suka memutuskan persaudaraan yang manis ini,..
jika ada silap faham maka selesaikanlah bukan dengan cara membuta tuli....
baginda Rasul telah melarang untuk memutuskan persahabatan..
dan baginda tidak mengaku umatnya jika berlaku sedemikian...
jika berlaku hal ini..
rendahkan ego mu..
dan meminta maaf la..
dan salah satu peribadi RASULULLAH S.A.W itu sendri adalah seorang yang pemaaf....

sebenarnya
ISLAM telah mengadakan satu landasan yang terbaik...

cara untuk kita menjaga persaudaraan ini..bermusyawarahlah ketika ada y tak puas hati,..bukan semua orang tu baik...maka tegurlah.... ingat kita bukan mahsum tapi kita boleh mencontohi peribadi kekasih kita MUHAMMAD S.A.W.. alamak terpanjang lak post..harap2 fham la..baca dengan teliti kalau nak faham...kalau tak jangan harap nak faham...opss.....my dear, ayu tak berniat apa2 deh masa tulis post ni..terpanggil jew untuk tulis..maklumlah ilham ketika mandi...huhuuhuu.....      

Wednesday 22 February 2012

Iman boleh bertambah dan berkurang

PERSOALAN IMAN
apakah yang sering kita fikir tentang iman?
apakah yang kita tahu akan iman itu..
adakah kita sudah cukup beriman?
adakah iman itu boleh diukur dengan kayu pengukur?
adakah iman itu mencegah seseorang dari melakukan maksiat..


sebelum ayu meneruskan penulisan ni...
sama2 kita munasabah diri..
siapa kita sebelum ini dan siapa kita hari ini?

Iman dari segi bahasanya ialah membenarkan.dan dari segi istilah pula memebenarkan dengan keyakinan..
ingat tak rukun iman?
nampak benda ni simple kan?
1. beriman kepada Allah
2.beriman kepada malaikat
3. beriman kepada kitab
4. beriman kepada rasul
5. beriman kepada hari qiamat
6. beriman kepada qada dan qadar..

cehh.... ayu dapat list semua la..
ingat pula tu...thumbs up!!
ni yang dimaksudkan kalu ikot sains teory atau asas..
tapi xsemua teory dan asas itu kita dapat abadi kan dalam amali kita..
begitu jua dengan konsep keimanan ini...


walaupun dalam subjek pendidikan islam sy mendapat 100%
xsemestinya sy amalkan semua konsep islam...
kita ramai tahu akan maksud iman namun tak semua kita dpat menjadi seorang yang beriman..

dan untuk mendapatkan iman yang sempurna kita hendaklah...
1.MEMBENARKAN,
2.MENGAKUI DENGAN LIDAH,
3.DAN BERAMAL DENGAN PERBUATAN..

contoh yang simple..
kita tahu tahi itu kotor (membenarkan)
dan kita akui ianya kotor (mengakui)
dan kita akan elakkn dari terkenanya ( beramal)



dan apa yang dimaksudkan dengan iman boleh bertambah dan berkurang ni..


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasih untuk dirinya sendiri. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Pada al-Hadis S.A.W. di atas menerangkan kepada kita bahawa iman tidak bertunjang di dalam diri sendiri semata-mata serta tidak teguh di dalam hati dan tidak sempurna di dalam dada seseorang Islam kecuali apabila dia menjadi manusia yang baik, jauh daripada sifat keakuan, iri hati, membenci dan hasad dengki. Dengan itu dia akan mengasihi dan membantu orang lain dengan apa yang dia suka untuk dirinya sendiri seperti selamat daripada kejahatan dan seksaan, seronok dengan kesenangan hidup, berjaya mendapat keredhaan Allah Taala serta mendekatkan diri kepadaNya. Seorang sahabat Nabi S.A.W. bernama Muaz R.A. telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. tentang iman yang paling afdhal (baik) maka baginda S.A.W. menjawab:

kata2 nooredayu abdullah:
semua orang boleh berhujah..
semua orang boleh bercakap..
dan semua orang tahu apa yang dia belajar...
kita mampu belajar..
kita mampu membaca...
namun kita tak smestinya mampu bramal dengannya....

air laut ada pasang surutnya,..
inikan pula iman yang hanya senipis kulit bawang...
jadi sama2 lah kita menjaga iman kita...


Saturday 18 February 2012

dop tahu benda

bila tengok title post ni simple da simply..
so heh la.... empunya blog ni kekeringan idea,,
hahhah
bukan kekeringan idea sebenar...
tapi mood nak blogger tu susah kit nak datg...

nak mengarut meme bnyak ..
tapi bila timbul konsep daie( penyeru kearah kebaikan)
kita kena cari sumber2 yang betul,..

bukan senang untuk menulis sesuatu perkara..
bahkan bukan senang untuk mengajak orang kearah kebaikan,,..
bukan senang jua nak mengubah orang...
even i am not perfect,...

kekdang nak tulis blog pom pikir..
sb takut benda tu mendatngkan perkara sia2..
jika penulisan ayu mendapat manfaat...
alhamdulilah..
tapi kalu sebaliknya??
ayu trut mendapat share...
 
sebab tu lah......
kita perlu fikir sebelum menulis...
kekdang kita time nak marah...
update jer facebook, blog, twitter..
tanpa kita mengadu pada pencipta kita...

kalu fikir kan...
memang kita akn puas hati bila orang tu malu,..
rase bersalah...
dan kita sedap mengutuk..

tapi pernah fikir x?
benda tu hanya datang sebentar..
kepuasan itu tidak datng dari hati yang iklas...
secara peribadi la ni ayu ckp..
tapi ayu rase ramai yang bersetuju ngan ayu ..
kn?

that 's y..
dalm sesuatu hal yang kita lakukan..
yakinlah... 
bahawa Allah itu sentiasa ada disisi kita..
ALLAH.. itu MAHA MELIHAT, MAHA MENDENGAR dan MAHA MENGETAHUI..
berdoa lah.. ALLAH sentiasa akan menjawab doa mu,,.
berdialog lah...
dan bercerita lah akan kepayahan hidup mu,,,( sesungguhnya Allah telah mengetahuinya)
berapa saat lepas itu..
nescaya hidup kita kan lebih tenang..

dan tiada dendam...
meskipom ayu tidak mampu buat macam tu..
tapi insyaALLah...ayu cuba..

surah Al-Imran ayt 200
 
"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

Tuesday 14 February 2012

Apabila kita blur

sebenarnya ayu ada test bio petang takdi...
auchh....
excited nak jawab and ayu rasa ayu boleh jwab..(konon ar)
sekali jwb... lagsung ayu xingat ap yang ayu hafal..
pernah x perkara tu terjadi dekat kalian??

memory full loaded..
hehhehehe

satu ayu nak cakap kat sini sebagai pengajaran bersama...
walaupun kita dah yakin 100% bahawa kita dapat menjawab soalan itu..
namun ingatlah...............
kita hanya makluk DIA jua...

dan Allah telah berkata bahawa ilmu yang kita miliki hanya setitik air di lautan....
jangan lah kita takbur akan hal yang bukan tentang atur cara kita..'
kita hanya merancang....

dan setengah orang berkata......
walaupun kita sebijak prof,..
namun kita belum ckup pandai...
dan kita bukan orang yang bodoh jika hanya memegang sijil diploma sekalipon,..
tidak ALLAh jadikan hambaNya itu bodoh dan cerdik...
melainkan kita yang merubahnya...

walaupom ayu xdapat jawab denagn elok..
walaupom sebelum ni ayu ingat perkara itu...
namun ayu redha.....
sedikit pom xmenyesal..
kerana ayu telah menyerah segala2nya kepada PENCIPTA...
sebaik2 perancangan itu adalah penentuan dariNYA..

so.......
paper bio is done..
let bygone be bygone..
dont regret each word...
because you have out a lot of effort on it....

Wednesday 8 February 2012

dia yang tersayang

2 reaksi readers bila tengok title ini
1. tekan button x
2. read more...

hehe........
ttiba ayu rindu sang sahabat ayu seorang ini..
yang hilang entah khabar berita...
hampir semua kawan tak dapat contact dia..
kalau dapat contact pom setelah dia balik kelantan,
tu pom kalau dia ada masa nak jumpa kitaorang..
i miss u, syg: farhanis


sekarang pom zaman facebook kan?
tp dia langsung xdek muka buku ni..
macam mana nak conctact ko Farhanis Zaid oip..
ko ingat kitaorang ada satelit kew.., nak cari ko...
hhehhe..

sahabat ayu yang inilah selalu buat ayu geram,
yang selalu buat ayu tension,
yang selalu buat ayu rindu kat dia,
dan da best thing,
dia akan cuba sedaya upaya menjaga hati sahabat2 nya...
walaupom macam mana keadaan nya..

yeala kan,
bukan mudah untuk menjaga hati semua orang...
tapi dia adalah sahabat yang ayu amat rindu kerana kemanjaan dia,..
dan semangat ketabahan dia..

korang nak tahu,
since dia form 1, dia telah menjadi seorang ibu kepada adik2nya..
dan bila form 4, dia secara automatic menjadi ayah dan ibu kepada adik2nya..
sedang dalam itu juga dia ni selalu berulang ke hospital kerana penyakitnya yang kronik..

jika korang jadi sahabat dia..
korang akan lihat betapa bertanggungjwabnya dia...
dengan kawan pom dia tak pernah berkira..
ap pom orang buat kat dia,
dia akan tersenyum..
dia selalu ckap kat ayu
"bia la yu, selagi dorang berase bahagia"

ayu ditimpa musibah,
dia adalah orang yang pertama disamping ayu..

tapi satu ar...
pernagai dia ayu tak suka..
dia suka memendam masalah dia seorang..
dan dia tak akn buat orang risau tentang dirinya..
tengoklah sekarang...
entah kemana tak tahu bdak ni...

ayu kalu ada masa ..
ayu col jgak bdak ni..
kena lah
sebab kalu harapkan dia memang x lah...
huhuhu

apa2 pom,.
kitaorang syg dekat ko FARHANIS ZAID...
n akuuuuuuuuuuuu rinnnnnnnnnddddddduu kat ko lah...

::anis, aku guna nama ko kali ni kat post aku..,rindu lerr .. halal erk...::

Monday 6 February 2012

test oo test

haa..
dah lama cik ayu ni tak update blog..
hhahaakk...
bukan ap la syg2 semua...
busy ngat.....

everyday ayu ni hidup dalam ketensionan..
pergh... sapa suh kan?
hummm...
itulah yang dinamakan liku2 kehidupan..
tapi ingat la...
"Allah hanya menguji bagi yang mampu"

dan kita sebagai hambaNya..
stress2 jgak...
jgn la lupa padaNya..
that's y kita ni ditimpa musibah..
untuk memperingatkan diri kepada PENCIPTA kita...

esok ayu ad test phy n quiz qmt sebenarnya..
lpas tu assgnment chm n bio esok..
tapi macam ni ayu....
hhahahks..
slow n steady..
hahhakss...

teruk kowt.....
tapi nak buat mcm mana slagi ayu bergelar student..
semua tu ayu harus tempuh...
walaupom badan ni masih penat dengan karnival uitm kt tuh...
kwn ayu ckp >tulah, sape suh hang sibuk, padan muka<
wei la.. bukan cek sengajo.. dah tnggungjawab cek...
huhuhuhuu....

ingat ek...
apabila kita diberikan tanggungjawab..
maka kita harus amanah dan bertanggungjwab memegan tanggungjwab..
walaupom kita hanya ajk saje..
kerana setiap ap yang kita buat tu...
akan disoal kelak...

stay up kowt malam ni..
kopi dah minum...
huhuhu....
hot tips dari lect bio ayu..
for longer stay up drinking coffee with milk will da best..

secara teori coffee ni adalah sebagai inhibiter kepada neuron2 kita..
so... kita ni akan pening la slpas ambil coffee ni...
tapi.........................................
pngambilan coffee juga merupakan sunnah Rasullulah S.A.W..
tapi pengambilan bukan y overdoss...
memag ar kalu ambek bnyak2 bole pitam kan??
so, ambil ikot keperluan <lecture bio ak bg tau ni>

ok lah... nak smbug buat past year niy...
huhuh...

Friday 3 February 2012

berhati lembut dan fragile

apa nak jadi..
semakin hari semakin menjadi2..
manja kau ni..

haaa...
semua org buat aku ambek kisah,..
nak buat macam mana.. dah kau busy body ayu..
hhahahahahakks....
jahatnya..

bukan la.. 
dan benda tu closed sgt dengan kau,
mesti kau terasa annn?

maaf la.. 
ayu pom manusia biasa..
ada hati dan perasaan..
mesti adw perasaan untuk berasa hati..
bukan saja2..
tapi aku xmaampu elak...

ada suggestion x?
kalu rakan2 ayu ni asew nak motivate ayu,
boleh la,,'
dan amat ayu hargai.....

k... 
harap dapat tegur ayu..
dan bagi ayu jalan solusinya..
ayu xnk terus berasa hati macam ni...


Thursday 26 January 2012

anda solat x?

sykur alhamdulilah..
dpt menghadirkan diri ke majlis ilmu hari ini..
pagi2 lg..
biasanya cuti ni lah kita nak mengqadarkan tidur kita kan?
atas keazaman dan keinginan, no qadar tidur ni..

perkara yang ayu nak tulis kali ni..
simple jerk...

"SESUNNGUHNYA SOLAT ITU MENCEGAH DARI PERKARA MUNGKAR"


ayat al-quran yang biasa kita dengar...
namun fahamkah kita?
ramai yang berkata ramai y solat tp kenapa masih lagi membuat perkara mungkar..
jawapannya solat yang dilakukan adalah kerana ala kadar sahaja..

"SOLAT ITU TIANG AGAMA"

fikrkan lah adakah kita mahu solat y sia2..
atau solat y mampu mencegah kita?
bygkan jika kita melakukan solat namun solat kita tak diterima..
alangkah sedih dan penatnya...
oleh kerana itu lakukan ia dengan penuh semangat dan kekhusyukan...
smaye dop ni?


buku panduan solat banyak kan?
beli lah satu..
nak pinjam nga ayu pom bole...
dengan syarat
"apa yang kita dapat tu kita amalkan"

okei la... ayu tulis panjag2 pom bukan korang nak baca kan?
perkara ini semua orang tahu la cik ayu..