Tuesday 15 May 2012

RENUNGAN BUAT SAHABAT

Allah maha besar. Allahuakbar.
Tanpa kita sedari Allah sentiasa memberikan kita hidayahNya kepada kita.
Setiap hari kita didedahkan dengan semua perkara dengan Islam.
Secara langsungnya Islam itu ada pada setiap orang Islam.
Yang membezakan kita semua adalah perbezaan antara “yaayuhannas dan yaayuuhallazi”

Saban hari kita terdedah dengan ilmu secara langsungnya namun kita yang mengindarinya.
Ilmu datang dan pergi
 tidak beramal..
Bahkan ramai mampu yang mampu berkata gah dengan hujah2 islam
Dan dalil2 al-quran yang betul.
Tapi kita sendri membiarkan ilmu yang kita dapat itu hilang begitu shaja.
Tanpa kita sedari Allah telah menyuntik hidayahNya kepada hambaNya yang alpa

Kita semakin angkuh semakin bongkak dengan apa yang kita miliki.
Namun apa yang kita miliki itu adalah semuanya milik ILAHI.
Dari DIA  kita datang kepada DIA jua kita kembali.

Nikmat yang Ar-Rahman telah berikan kepada kita terlalu banyak.
Meskipun hanya mampu mendengar sahaja.
Meskipun hanya mampu bersuara shaja
Meskipun hanya mampu melihat sahaja
Meskipun hanya mampu tersenyum
Kerana itu adalah semua nikmat dariNYA.
Tiada siapa yang mengetahui rahsiaNYA.

Sering kali kita menyalahkan takdir apabila takdir tidak menyebelahi kita,
Kita menjadi manusia yang lalai
Dimana prinsip keimanan yang kita pegang
Beriman dengan qada’ dan qadar
Kita menjadi angkuh sehingga lupa
Kita hanya hambaNya.
Yang disuruh menyembahNya bukan mempersoalkan apa yang DIA lakukan.

ALLAH itu Maha pengampun.
Bahkan satu kelebihan ummat Muhammad S.A.W yang ALLAH anugerahkan
Yang mana tidak ada satu pun dalam pimpinan rasul yang lain..
Bertaubat kepadaNYa, mendapat keampunan dariNYA.
Walaupun airmata hanya membasahi bulu mata.
Allah menerima taubat kita.
Dan sekalipun tidak akan menghukum kita sebelum tiba penghitunganNya.
Seperti kaum2 yang lain, yang diterbalikkan bumi, diadakan ribut.

Kita semakin alpa.
Kita semakin bongkak.
Kita semakin jauh...

Pesanan ayu:
Ingat lah saat kematian kekasih kita yang tercinta Nabi Muhammad S.A.W
Baginda hanya menyebut ‘ummati,ummati,ummati’
Begitu baginda risau akan umatnya yang kian lama kian melupakan baginda
Setiap apa yang baginda lakukan pasti akan terfikirkan umatnya.
Sebaik2 ummat adalah ummat Nabi Muhammad S.A.W.
Tapi sekarang dimana kita berdiri?
Dimana kita berlari?
Dimana kita tuju?

Samalah mengambil iktibar
Hidayah milik Allah...

No comments:

Post a Comment