Saturday 11 January 2014

Doa

sedikit penulisan tentang apa y PU yeop bagi tazkirah . DOA.
Doa adalah senjata orang2 muslim.
bahkan setiap perkataan yang keluar dari mulut kita itu sendiri merupakan doa.
kerana itulah, sentiasa lah berkata baik. <tetapi mulut ni memang jahat>

kekadang kita terlalu meminta dan kurang memberi..
sedangkan tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima.
namun kita sememangnya manusia yang lemah yang sentiasa memerlukan pertolongan..
apa yang ayu maksudkan disini ialah...
kita terlalu meminta dengan PENCIPTA kita namun kita amatlah kurang beribadat...
yang lima waktu kekdang pom xcukup..
tetapi Allah itu maha pengasih lg maha penyayang.

apa yang diminta, 
insyaALLAH...DIA akan bagi.

berfikir sejenak .
macammana kita berdoa?
adakah betul2 meminta atau sekadar meminta.
adakah betul2 ikhlas?
waallahu a'lam..

kekadang melihat orang berdoa sambil bercakap, sedangkan doa itu diaminkan bersama2 imam;
kekadang berdoa tak sampai 5 saat, siap..
kekadang kawan datang, cepat2 doa2 diaminkan..

dan lagi, 
berdoa tetapi mengenakan syarat,..
umpama jika tak boleh buah epal buah anggur pun tak apalah.
jika dapat basikal, sy xmerempit lagi.
walhal kita yang meminta..

seperti kita meminta kepada seseorang,
mestilah kita bersungguh2 kan..
merayu bagai, malahan sangup berbuat apa2 jer.
apatah meminta pada DIA yang SATU.

sama2lah fikir,
benda yang boleh diperbaiki.
kita baiki. jangan sampai benda tu tak boleh servis dah.
kekadang menjadi tabiat plak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Doa itu ialah ibadat.”Riwayat BukhariHuraian:
  • Doa adalah Istiksaat (memohon pengampunan dan pertolongan) dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat memberikannya.
  • Orang yang berdoa hendaklah melahirkan kehinaan dan kerendahan diri serta menyatakan hajat dan tunduk kepada Allah sebagai menunjukkan bahawa kita berhajat kepada Allah untuk memperolehi sesuatu yang kita kehendaki.
  • Doa adalah suatu ibadat yang sangat penting kedudukannya dan sangat mahal nilainya bahkan ia adalah pintu yang paling utama daripada pintu-pintu ibadah yang lain dalam meperhambakan diri kepada Allah.
  • Apabila seseorang itu berdoa maka hendaklah ia melakukannya dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab-adabnya. Dengan itu barulah doanya akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
          petikan dari : http://hadis.feryco.com/galakan-berdoa

sedikit peringatan buat diri yang alpa.
sampaikan walau satu ayat...

No comments:

Post a Comment