Friday, 30 November 2012

Nothing

ahh.. lama rasanya tak berblog..
mungkin kerana kesibukan ataupun tiada idea..
kerana idea itu datang setelah aku menghadapi situasi itu..

 aku buat blog ni bukan untuk memfemeskan diri, 
ataupun menulis hal2 yang tak sepatutnya..
kerana itu aku tidak menulis..

menulis sesuatu yang baiik bukan perkara senang..
salah menulis dikatakan hipokrit, auta, . dan macam2.
perlu mencari kesahihan dan bukti serta pendapatan orang lain..
dalam setiap entry yang kita bawa itu

menulis memang perkara senang..
namun nak menghasilkan penulis yang dapat difahami orang tu memerlukan effort yang lebih..
mungkin kita akan disalah ertikan oleh pembaca.. 
dan mungkin kita sendri merasakan malu dengan post kita dulu..
lalu mendelete semua entry kan?

seperti post kat fb yang mengatakan..
"aku bercakap kearah kebaikan bukanlah bermakna aku baik namun setidak2nya ia juga terpalit kepada ku"
kerana orang cakap..

'alah dia tu post je islamik tapi perangai'

tak salah jika share apa yang baik..
begitu juga dengan blog ni..

dear yang mengenaliku..
maaf kerana selama ini telah berubah..
manusia ini penuh dengan nafsu..
penuh dengan keinginan..
penuh dengan teka teki..

#if we can write a little thing that can change a person, why not we try for it#

Saturday, 15 September 2012

jodoh

sebenarnya memang amat cemburu la jugak dengan kawan2..
da nak kawen..
yang bertunang apa kurangnya...

even aku ckp dengan ayah nak kwen pom..
ayu ckp muda lagi..
calon pom xderk ayah...
jeles betul...

kita bercinta, ptus...
bercinta putus...
bukan suka sagt bercinta ni..
aku nakkan lelaki yang benar2 nak kan aku..

suka kan..
tengok dorang selangkah kehadapan..
sedangkan aku ni...
xthu kemana..

umm.....
yeala...
jodoh tak sampai lg..
hbeskan blaja dlu..
baru fkir smua tu...
kadang2 bahgia sementara jew....

herm...
keputusan sekarang...
tumpu pada study...
jodoh blakang kira...

xnak buang masa dah....

"want be a doctor" laksanakan cita2 dahulu yu...
chayok2..

Wednesday, 5 September 2012

TANAH,DAGING, TULANG



Sedikit coretan yang saya rsa sedikit penting.
Kembali kita kepada fitrah kejadian manusia.
Dari segumpal darah, menjadi seketul daging dan tulang belulang.

{ ولقد خلقنا الإنسان من سلالة من طين. ثم جعلناه نطفة في قرار مكين. ثم خلقنا النطفة علقة فخلقنا العلقة مضغة فخلقنا المضغة عظاماً فكسونا العظام لحماً ثم أنشأناه خلقاً آخر فتبارك الله أحسن الخالقين }. المؤمنون 12-14.Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”. [Al-Mu’minun: 12-14].

Macammana pula kejadian ketika Allah ingin menjadikan Adam alaihisalam.
Ketika ALLAH ingin menjadikan manusia,
Malaikat telah berkta “wahai Tuhanku usah lah jadikan manusia, dikhuatiri mereka akan kufur kepadaMU”
Namun ALLAH tetap ingin menjadikan manusia dari tanah liat.

Surah Al-Hijr, ayat 28: "Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering dan lumpur hitam yang berbentuk (berupa)."
Namun apa yang sy terfikir dan memikirkan kata2 pensyarah sy ketika belajar bab preganancy and labor.
Laluan untuk manusia keluar ke muka bumi ini adalah kemaluan.
Maafkan sy...
Namun kita tidak terfikir akan sebab munasabab nya...
Pensyarah : dngan izin ALLAH, manusia keluar dari jalan itu. Ingin meningatkan manusia itu akan dari asal usul kita. Dari jalan manakah kita keluar? Dari jalan hina ALLAH keluarkan kita, hatta anak raja mana pun.

Disini sy terfikir akan siapa kita sekarang? Berlandaskan lagi perjanjian kita dengan ALLAH ketika kita dicampakkan kedalam rahim si ibu. Waallahu’alam. Sepandai mana pun kita, sekaya mana pun kita, sekacak/ secantik mana pun kita itu semua dengan izin ALLAH.... janganlah sombong dan bongkak kepada pencipta kita.
SURAT 17. AL ISRAA' 37
Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.

Berkata sy disini bukan untuk berkata kepada sesiapa, namun ianya lebih kepada diri sendri. betulkan sy jika ada yang sy tersilap.  

Friday, 13 July 2012

peniaga yang kurang profesional

Korang tahu tak..
First time selama aku hidup 20 tahun ni..
Aku jumpa penjaja yang sewel..
Sori la ..
I mean one in million…
Kalau korang jumpa penjaja ni..
Memang sah korang bambu dia..
Nak harapkan aku yang jenis malas nak kuang ajar dengan orang tua ni..
Senyap jewlah..

How the story..
Aku nak la beli keronsang..
Memang aku dah stok kerosang ni..
Memang aku nak beli la…
Then aku nga kawan akuu berhenti kat pasar malam ni..
Then dia tawar plastic  kat aku.
Hendak suh aku beli la…
Memang aku nak beli pom..
Lepas tu…
Aku ckap la..
"Sy nak tengok2 jew dlu.."
Thu x ap dia jwab?
"nak tengok kena ar beli.. Kalau awak sentuh sy kira awak beli"

Aku cakp ala kebangangnya ..
Okei lg..
Sebab memang aku nak beli…
Lepas tu aku nak masukkan kerosang dia dalm bekas tu..
Bertarabur  la kan…
Smbil2 aku tengok kerosang lain..
Tahu tak apa.?
Dia marah aku.. Sebab takut tertanggal "kacing" dia tu..
Ala setakt sentuh jew pun..
Memang dia maki aku teruk2 la…
Cakap "bukan kija awak nak buat macam tu… kalau awak nak duduk tepi sy berniaga"
aku diam je la…
Maybe salah aku…

Tapi amat keterlaluan la pakcik ni smpai kutuk2 aku..
Cakap budak kampung tak sedar diri..
Orang kelantan macam ni la..
Suka menjahamkan barang orang..
Aku buat pekak lagi.. Layang orang gila macam ni la kan..
Memang aku nak beli product dia kan…
Peduli la… jap ag terbeliak la mata dia kalau aku beli…
Tapi….
Amat mendesingkan telinga..
Bila dia cakap
"adik,budak ipta.. Jangan nak berlagak la… adik kuar pahni tak dapat kija la adik "
Eh.. Aku tak doa pun perniagaan kau lingkup tau…
Yang kau cakap aku bukan2, apasal…
Kau bukan penentu rezeki aku….
Dalam hati jelah cakap…

Then bertambah bengangnya aku.,
Dia telefon pula si isteri dia…
Si suami dengan isteri ..
Sama2 bangang…
Buat loudspeaker pula tu…
Sampai habis orang berdekatan dengar

Aku dengan hilang sabarnya…
Aku blah….
Xlarat dah nk tahan..
Orang caci kita….
Balik citer kat housemate aku…
Dia cakp
"Doa bankrup la yu, orang terniaya niyh"
Aku cakap…tak baik mendoakan keburukan orang..
Walaupun aku teringin..
Bengang kowt…
Cuba korang fikir la…
Disebabkan aku pegang kerosang…
Smpai macam tu dia caci n hina aku…

Memang ikut hati… nak balas jugak…
Tapi fikir…
Adab kita dengan orang…
Kwan aku ada cakap…
ALLAH sebenarnya telah menguji kita……
Macam mana cara kita menghadapi masalah tersebut…
Ada orang yang anggap ia secara negative dan ada juga yang berfikir positive,.,..

Aku sekrang ambik paper enterprenuership..
Hal2 berniaga  la…
So….
Aku kata macam ni…
"macam ni dia punya strategi… dia layan macam ni kepada customer dia… kalau macam ni lah.. Bankrup dia berniaga… in term of the product mesti low quality"

Aku tak doakan … tapi aku relate dengan apa yang aku belaja.. Betul la cakp PN aku..
Kita kena pandai atasi penjual2 yang tamak ni…
So…
Jangan nak kaut keutngan sgt.. Sebab tanpa kitaorang sapelah anda… jika tiada demand…
Tiada juga product anda… dan layakkah anda makan dengan hasil perniagaan anda mcam tu..
Ingat garis panduan yang Nabi gariskan…

*aku pegi maidin, kacing tu aku sampai pakat kat tdung tak derk pown caci aku bagai nak rak*


Wednesday, 27 June 2012

busy2...

lama tak update blog..
aku sibuk..
sibuk sangat..
sampai nak update blog pom tak boleh..
nak2 lagi wifi tak derk..
nak byar broadband dok ngrok sgt...,,
hahha...

takpe..
blaja dgn effiecientnya
dengan tidak berinternet
cewaah...

tapi masalahnya tidur awal
sgt meminumkan waktu tidur..
pkul 10 da sudah tidur...
kekadang laptop xbukak

so.. idea pom xberapa nak berapa buleh..
tak derk idea nak berblog.. kecian
dah bersawang dah,,

sibuk dengan projek..
bio n enterprenuer
so kena buat research..

give about the intresting about the ice cream..
because i will make the project to build a market at kuala terengganu
this is my project..

give ur opinion

Wednesday, 16 May 2012

clmat hari guru

bila dengar kat tv
siapakah cikgu yang anda ingat sampai sekrang
dan kenangan yang ada pada mereka..
tetiba nak tulis entry pasal ni

ni hah... akaq nak story
pasal zaman sekolah rendah..
well... sebenarnya aku tak pergi tadika..
pergi tapi sebentar la..
abc pown tak kenal...
yang aku kenal haaa...
pakwe aku...
biol punya budak..
tadika pom bercinta..
hahhaha

masuk darjah 1..
memang aku mcam bdak bodh..(actually yes,dumb)
sebab ak tak kenal pom abc, 123
apath lagi...
membaca
nak jadikan cerita la...
ada la cikgu ni....
garang gila ...



memang aku kena kutir(cubit)
sopmo la kat cikgu ni...
ingt sgt
buku bacalah syg tu kan..
lebuk(hancur) boleh ko aku..
sebb takut kena kutir..
even dah biru perot aku dia kutir...
kaki sampai terjinjing disebabkan kena kutir..
tpi
sebab dia lah aku kenal abc..
dan pandai membaca...
nama cikgu ni cikgu azlina(s.k.kemahang 3,1999)

sorang lagi cikgu matematik, nik azizi (s.k.kemahang 3,2000)
masa ni aku drjah 2..
babilnya(lembab) aku kan tak pernah pandai baca jam..
hal cmpur bahgi darab..
serah jep kat budak mate ni..(seyes mate ak A++)
tp bab  tengok jam, failed..
even aku ni anak murid kesyagn dia lg..



tapi ada sekali dia lempang aku..
sampai terteleng kepala aku...
berpusing badan aku..
kuat tu....
sebab aku salah baca jam..
memang ak tak pandai tengok  jam kowt..
sekarang pom kalau jam analog..
aku akan tengok lama2 baru aku tahu pukul brapa..
ayah aku pun kalau beli jam,'
dia beli jam digital..
maaf la cikgu memang sy slow sikit bab tengok jam..
sekrg pom tak pndai2...

hehehe...
2 orang cikgu ni paling aku ingat sebab tanpa diaorang aku tak kan pernah pandai membaca..
dan walaupun lembab tengok jam
tapi aku masih boleh tengok jam,walaupun mengmbil masa 5 minit

ramai la cikgu yang banyak memberi jasa kat aku masa sekolah dlu..
semuanya...
kalau kat sekolah rendah, kamilah pelajr kesyagn..

kat sekolah menengah,
akulah yang bermasalah..
hahah...

terima kasih cikgu...
mendidik sy sehingga berjaya sekrang di menara gading..
insyaAllah  alam perkerjaan menyusul,..

Tuesday, 15 May 2012

Haa.. tetiba teringat lak zaman ayu duk kat asrama..
Geram la ngat muka y berjerawat la katakan..
Dlu muka okey, lepas ayu guna produk macam2..
So naik la diamond yang banyak gini dekat muka..
ini mangsanya


Nak jadikan citer, kawan ayu cakap guna ubat gg untuk kecutkan jerawat tu..
Ayu excited ar.. muka makin teruk tau.. habes produk i telan.. habes  toner i toyoh kat muka ni..
Tapi tak sampai berkrim2 muka ni.. tu yang ayu tak suka.. mekap.. hahha

So, ayu try ar malam tu..
Calit sini, calit sna ubat gg tu hah
Nak jadikan citer... setiap hari isnin dan jumaat, geng2 ayu akan berpuasa..
So, kat asrama kena serahkan nama siapa yang nak puasa dan bersahur..
Ayu ni pemalas cikit nak bangun sahur, sebab kalau kat asrama ni leceh kena pakai tudung,
Kena pakai proper dlu baru lah pegi sahur...
Since dah janji dengan kawan ayu ni... bangun la sahur.

ini punyer produknya
Bukan bangun sangat, kawan ayu yang dorm sebelah tu kejutkan..
Ikotkan hati nak jer tido balik tapi kwan ayu tunggu kat katil..
Ok, aku bangun..
Selamba jer aku ambik tudung...
Ikot kawan pergi dewan makan..

Tak senonoh punya perangai..
Biasa la,ayu bukan suka bangun sahur..
Bahkan kalau sarapan pun ayu jarang makan, sebab ayu tak boleh bau makanan pagi2 nanti ayu muntah...
Tu yang jarang bangun pagi...

Bila ayu ambik makanan, makcik tu tegur..
“Ai pakai bedak  sejuk kew?”
Ayu hanya sengih jela..
Yeala time tu tak sedar kan..
Ramai jugak yang bangun bersahur aritu..
Bila aku basuh tangan disinki baru ayu tahu...
Muka ayu bertempel macam bedak sejuk...
padahal ubat gg
“nis... malunya aku”
Farhanis hanya gelakkan aku..
Tulah buat sangat perangai tak senonoh...
Tak senonoh pun bertempt la yu...
dengan pantas ayu mencuci muka ayu di sinki itu..

nasib baik....
orang tak perasan sgt..
kalau tak cik ubat gigi la ayu situ
ini hasilnya.


So: ubat gg boleh kejutkan jerawat tapi bukan untuk dijadikan bedak sejuk..
Bangun dari tido tu selawat dlu, bia roh datang elok dalam tubuh bdan kita..
bru boleh bangun sahur..
apa2 kew..

Malunyer......
Walaupun kisah ni sudah 3 tahun berlalu.. masa ayu form 4...
Hahhaha......,,