Saturday 23 November 2013

fadhilah al-ikhlas

Ramai yang dah tahu membaca surah al-ikhlas itu bersamaan membaca satu kitab al-quran.
boleh rujuk blog2 yang sahih..
ini berdasarkan ilmu yang saya tahu..
Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sekali, dikurniakan kepadanya pahala seperti pahala orang yang membaca 1/3 Al-Quran.” 

Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali nescaya mendapat pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

dan ayu dapt satu ilmu dri DR.Wan.
minat sgt bercakp tntg Dr. wan nim..
hihihi

amalkan selepas semayang subuh.
 berdoa agar fadhilat yang kita baca tu disedekahkan kepada :
pertama :baginda rasullah S.A.W dan keluarga baginda
kedua :sahabat nabi
ketiga: para anbi'aa
keempat :wali2 Allah
kelima :para ulama
keenam: para syuhadah
seterusnya guru2, suami/ isteri, anak2, adik beradik, sahabat2, dan saudara mara..
dan khususnya ibu bapa (y paling utama)
atau lebih elok seperti dibawah tapi yang penting niat kita tu,, tak ingt yang pnjang tak apa,

Ya Allah Ya Tuhanku, terimalah bacaan Al Fatihah, bacaan Al-Quran serta zikir2 yang aku baca pada hari ini serta hari-hari berikutnya selagi aku masih hidup di dunia yang sementara ini. Dengan ini aku hadiahkan fadilat dan pahala nya khusus kepada Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat baginda kesemuanya dan juga kepada kedua ibubapa ku serta ahli keluargaku kesemuanya serta seluruh muslimin muslimat samada masih hidup atau sudah mati. Ya Allah Ya Tuhanku, engkau ampunilah dosa2 ku, ibubapaku dan ahli keluargaku , saudara2 ku serta seluruh muslimin dan muslimat samada sudah mati atau masih hidup , naikkan darjat mereka ini serta darjat kami diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunan mereka yang masih hidup. Ampunilah dosa2 kami kesemuanya samada dari dosa yang kami ketahui mahupun dari dosa yang tidak kami ketahui serta dosa yang hanya engkau Ya Allah ketahui . Wahai tuhan sekelian alam, jauhkanlah kami dari azab kuburMu, azab akhiratMu, fitnah Dajjal, fitnah kehidupan dan fitnah kematian. Kepada mereka yang sudah meninggal dunia dan kepada kami yang akan menyusul kemudian,luaskan kubur kami kesemuanya seluas-luas pemandangan, berikanlah cahaya didalamnya, jadikanlah kubur kami kesemuanya sebagai salah satu taman dari taman syurga . Kirimkan salam kami kepada junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya dan sahabatnya sekelian. Amin " 

kemudian aminkan dan baca al-fatihah dan surah al-ikhlas (3X)

cara yang amat senang, mudah untuk kita bersedekah kepada orang yang kita sayang..
tidak mahukah kita berkawan dengan Rasul, shabat2 bginda.. umar, ali, abu bakar..
mungkin ia kecil namun ia mampu menolong kita.
tiada siapa yang tahu..
dari mana datangnya kafiatnya kepada kita nanti..
mungkin mereka jua turut berdoa untuk kita..
jadikan amalkan kerana sekecil2 amalan itu sudah cukup menyemaikan iman kita.



#ilmu itu harus diguna , tidak perlu dijadikan jeruk kerana jeruk itu bisa basi....

sedikit tambahan ilmu didapati dari blog http://diari-alya2.blogspot.com/2013/06/kehebatan-fadhilat-membaca-surah-al.html

No comments:

Post a Comment